Assalamualaikum sahabat2~
ap kabar? moga2 dalam lindungan dan tarbiyah Allah, in sha Allah~ haa... kt cniy,
nisa nk kongsila ckit sal satu jemputan niy... tp, bukan jemputan kenduri taw~ hehe.. tp jemputan untuk program yang dinamakan ISK (Ini sejarah kita). Nisa akn join program niy hari kamis niy, in sha Allah..
Mula-mula agak berat jugk nisa nk pegi sbb nisa ingat nak balik rumah hari kamis niy,
nk balik jumpa umi, abi n adk bradik sbb x sihat pulk ngah n umi nisa.. tp, bila pike2 balik.. xpelah.. balik hari jumaat pon sempat.. tu kan urusan Allah~ n nisa teringat dengan sepotong ayat dalam..........
Surah Al-Mujadilah ayat 11 yg bermaksud
" Wahai orang-orang yang beriman! apabila dikatakan kepadamu, 'berilah kelapangan di majlis-majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu'."
so, x rugi kan kalau nisa pegi..nisa dpt rasa yang Allah telah pilih nisa untuk pegi, ke majlis niy,
kira macam jemputan la kan..hee.. tp, nisa pun xtawu sama ad nisa akan hadir atau tidak ke majlis 2, sbb kita xtawu masa akn dtg, namun, sebagai seorang Islam kita kena percaya pada Qada' dan Qadar Allah kan... :) lagipun, kan Allah tue sebaik2 perancang.. kita pulak sbagai hamba hanya mampu merancang.. ;)
owh yaa~ baru nisa teringat, hari 2, nisa ad ckp nk kongsi tentang 'Rahsia itu Rahsia Allah" kan... so, kat bawah niy nisa akn cerita serba sedikit tentang niy :) Selamat Membaca~! (^^,)
6 RAHSIA ALLAH
Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap) wallahua'lam. setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata : "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Tidak" Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT. Tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah Jibril AS solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibril, kamu telah menyembah ake dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah aku dengan ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Akan tetapi, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan KetinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudia Jibril as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka? Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun. Terbanglah malaikat Jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud : "Ya Tuhanku, apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakuakan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..."
Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :
- Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
- Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
- Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah SWT telah menyembunyikan malam Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam lima solat fardhu.
- Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Haa~ sekarang dah tawu kan apala "Rahsia itu Rahsia Allah" niy kan..:) semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang sentiasa berada di bawah naungan-Nya.. okela sahabat2.. nanti, In sha Allah nisa akan kongsi pulak tentang pengisian program 'ISK' yang akan nisa ikut nanti.
Jumpa Lagi~! Assalamualaikum w.b.t~ (^^,)
kisah yg baik..tp boleh nisa bg rujukan kisah ini? utk memastikan ksah ini sahih :-)
BalasPadamnisa baca dr blog ustaz, in sha Allah nty nisa tnya dy.. :) t/kasih
BalasPadam